Kebaikan Polifenol Dalam Vivix Shaklee Untuk Kesihatan Menyeluruh

Kebaikan Polifenol Dalam Vivix Shaklee Untuk Kesihatan Menyeluruh..





Apakah POLIFENOL?


Polifenol adalah bahan semulajadi daripada sekumpulan fitonutrien yang terdiri daripada sebatian tanaman yang terdapat dalam buah-buahan, buah beri dan sayur-sayuran.  Ia dihasilkan sebagai sebahagian daripada sistem pertahanan tumbuhan yang bertindak balas kepada persekitaran yang bahaya seperti serangan kuman, kecederaan, jangkitan, radiasi ultraviolet dan keadaan iklim yang bahaya.  Ia juga memberi warna yang terang dan pelbagai kepada buah-buahan, buah beri dan sayur-sayuran.

Polifenol paling banyak dijumpai dalam tumbuhan berwarna gelap seperti anggur dan elderberry.  Jumlahnya tinggi dalam biji dan kulit buah.  Resveratrol adalah salah satu daripada jenis Polifenol.

Polifenol mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.  Ia memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan kesihatan dan melindungi sel-sel dalam badan daripada kerosakan oleh radikal bebas.

Kebaikan Polifenol

Spektrum Polifenol Yang Luas Untuk Pelbagai Manfaat Kesihatan


  • Meningkatkan tenaga dan kekuatan otot
  • Menggalakkan awet muda dan kulit berseri
  • Menyokong kesihatan jantung
  • Menggalakkan fungsi otak yang sihat
  • Meningkatkan perlindungan tubuh badan
  • Menggalakkan detoks dan pengurangan berat badan
  • Menyokong keselesaan sendi
  • Menyokong reproduktif kesihatan





Apakah Mitokondria?


Mitokondria merupakan 'kilang tenaga' sel-sel badan.  Lebih daripada 200 jenis penyakit yang diwarisi telah dikaitkan dengan gangguan fungsi mitokondria termasuk kebanyakan penyakit tua seperti Alzheimer, Parkinson, Diabetes, Kanser, Penyakit Jantung dan Strok.  Salah satu punca terjadinya penyakit-penyakit kronik ini adalah kegagalan atau gangguan mitokondria.

Kebanyakan sel mengandungi 200 hingga 5,000 mitokondria.  Sel yang mempunyai lebih banyak bilangan mitokondria menghasilkan lebih banyak tenaga.  Mitokondria dikenali sebagai ‘kilang tenaga’ bagi sel kerana ia menghasilkan Adenosina Trifosfat (ATP) iaitu bekalan tenaga biologi yang mengawal kegiatan badan.

Semasa muda, mitokondria menghasilkan ATP yang cukup untuk kita kekal aktif.  Apabila usia meningkat, mitokondria kita juga kehilangan bentuk dan struktur, menjadi lebih keras dan menghasilkan tenaga yang kurang.  Kekurangan tenaga memberi kesan kepada setiap sel dan sistem organ badan.  Semakin kita berusia semakin kurang mitokondria dihasilkan.





Kecacatan Fungsi Mitokondria


Setiap kali mitokondria menghasilkan tenaga, ia juga menghasilkan radikal bebas berbahaya dan harus dihapuskan.

Radikal bebas akan menyebabkan kerosakan kepada setiap bahagian mitokondria termasuk membran dan DNAnya.  Membran Mitokondria merupakan kunci bagi penghasilan tenaga.  Jika terjadi kerosakan membran, kurang tenaga akan dihasilkan dan toksin yang terkumpul akan merosakkan sel.  Jika banyak sel telah dirosakkan, fungsi sistem organ pasti terganggu.

Berikut adalah antara tanda-tanda mitokondria tidak berfungsi.

  • Alzheimer
  • Parkinson
  • Kanser
  • Penyakit jantung
  • Strok
  • Diabetes
  • Tekanan darah tinggi
  • Migrain
  • Gout
  • Sawan

Bagaimana Resveratrol Dapat Membantu Melindungi Mitokondria Untuk Tingkatkan Tenaga Sel


  • Meningkatkan fungsi sel
  • Mengurangkan pengeluaran radikal bebas
  • Mengurangkan simpanan lemak
  • Meningkatkan jisim otot tanpa lemak
  • Melambatkan kemerosotan yang berkaitan dengan usia

Apakah VIVIX Shaklee?


Vivix adalah minuman campuran botani yang merupakan revolusi terbaru dalam pemakanan Polifenol.

Vivix mengandungi campuran unik botani terpilih iaitu Purple Carrot, Muscardine Grape, European Elderberry dan Japenese Knotweed.  Ia mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Vivix mengandungi :-

  • 10x Lebih Berkuasa daripada Resveratrol sahaja
  • 15 Polifenol untuk perlindungan dengan spektrum lebih luas








Bagaimana VIVIX Bertindak

Melindungi dan Membaiki Kerosakan DNA


Setiap hari tubuh kita mengalami kerosakan DNA.  Salah satu puncanya adalah disebabkan oleh radikal bebas yang berada dalam makanan dan alam sekitar.  Vivix membantu dalam melindungi dan membaiki kerosakan DNA.





Mempertahankan dan Mengawal Genetik


Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) usia sel.  Dalam satu penemuan utama dalam ujian klinikal terbaru menunjukkan ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang membantu melambatkan proses penuaan sel.




Memberi Tenaga kepada Sel (Mitokondria)


Meningkatkan pengeluaran tenaga di peringkat sel dengan meningkatkan bilangan mitokondria (pengeluaran tenaga pusat setiap sel) dalam sel-sel.  Mitokondria mempengaruhi prestasi sel.  Jika kecekapan mitokondria menurun, prestasi sel juga akan memendekkan usia sel.  Ramuan Vivix menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitokondria untuk meningkatkan tenaga dalam sel.





Mengurangkan Penghasilan Protien AGE


Protein Advanced Glycation End Product (AGE) terhasil daripada lebihan gula dan lemak yang sering dikaitkan dengan rintangan insulin dan diabetes.  Penimbunan berlebihan protien AGE ini boleh menyebabkan kerosakan sel dan ia akan mempengaruhi keutuhan sel dan jangka hayat sel.  Kajian klinikal Shaklee mendapati bahawa polifenol yang terkandung dalam Vivix boleh mengurangkan penghasilan protein AGE sebanyak 80%.





5 Paten Vivix Shaklee


Tahukan anda, Shaklee telah mempatenkan 5 ramuan Vivix sebagai hak cipta terpelihara yang tidak boleh ditiru oleh mana-mana syarikat lain di seluruh dunia.

Apa Yang Telah Di Patenkan Untuk Vivix?

1. Semulajadi, Tanpa Bahan Pengawet dan Cecair yang Stabil


Shaklee telah mempatenkan hak ke atas proses 4 tumbuhan hebat secara semulajadi dan tanpa bahan pengawet.  4 tumbuhan itu adalah :-

  • Purple Carrot
  • Muscardine Grape
  • European Elderberry
  • Japanese Knotweed 

Vivix mengandungi sebatian cecair yang stabil dan tanpa bahan pengawet.  Sebagai bukti, jika diletakkan dalam freezer, Vivix tidak akan membeku dan jika diletakkan di atas meja, Vivix tidak akan meruap (berbuih-buih).

2. Vivix Merupakan Gabungan Resveratrol dan 15 Jenis Polifenol


Resveratrol ini adalah sejenis antioksidan yang bertindak melindungi sel DNA daripada kerosakan oleh radikal bebas.  Polifenol pula ialah sejenis sebatian fitonutrien yang juga mengandungi antioksidan yang tinggi.  Gabungan Resveratrol dan juga Polifenol yang dipatenkan yang ada pada Vivix menjadikan Vivix tiada tandingan.

3. Diproses Secara Cold Filling Extraction


Ada banyak jenis proses untuk ekstrak jus/minyak/pati daripada tumbuh-tumbuhan.  Cold Extraction bermaksud buah-buahan yang digunakan dalam Vivix ditekan (press) untuk mengeluarkan patinya dengan suhu rendah.

Ada proses yang menggunakan air panas atau suhu panas tetapi proses sebegini boleh menurunkan kualiti produk itu walaupun hasilnya mungkin lebih banyak.
Justeru itu, Shaklee telah mempatenkan proses Cold Filling Extraction ini eksklusif untuk Vivix.

4. 10x Lebih Berkuasa


Vivix dipatenkan sebagai cecair yang mengandungi Antioksidan, Resveratrol dan Polifenol yang tinggi.  Gabungan ini menjadikan Vivix 10x lebih berkuasa berbanding Resveratol Tunggal.  Ini menjadikan tiada produk yang dapat menyediakan produk anti-penuaan yang mempunyai kuasa 10 kali ganda antioksidan seperti Vivix.

5. Anggur Muscadine Sebagai Kandungan Utama Vivix


Shaklee mempatenkan Anggur Muscadine sebagai kandungan utama Vivix.  Anggur Muscadine ini mempunyai kandungan Resveratrol yang tinggi dan mampu melawan radikal bebas walaupun hidup liar dan tumbuh di kawasan yang agak lembab.  Anggur ini mampu membesar sehingga sebesar bola golf dan mampu mempertahankan diri sendiri daripada kulat dan kerosakan.


Adalah penting untuk menjaga kesihatan menyeluruh daripada peringkat awal.  Polifenol yang terkandung dalam Vivix dapat membantu melawan radikal bebas yang menyerang tubuh badan.  Memang sukar untuk mencari produk yang setanding dengan Vivix.  Keberkesanan Anggur Muscadine dalam setiap botol Vivix yang menggunakan proses pengekstrakan berpaten untuk mendapatkan kepekatan yang tinggi dan mengekalkan bioaktif polifenol.  Polifenol Vivix telah dipatenkan.  Jadi, tidak ada suplemen di luar sana yang boleh disamakan dengan Vivix Shaklee.

 
JOM sertai keluarga shaklee hari ini..!!  Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli shaklee, boleh terus daftar di website shaklee ye.  Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau..!!



Siti : SID 1903168

No. Telepon : 018-2578198

Shaklee Independent Distributor






































Comments

Popular posts from this blog

Selangkah Bersama Shaklee

Cara Kurus Sihat Dan Selamat Dengan Shaklee